Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Terima Kasih Pn. Nooraini !


        Pada 11 Januari 2013 , seluruh warga SMK Bukit Bandaraya telah kehilangan seorang lagi pengetua sekolah yang amat berdedikasi iaitu Pn. Nooraini Binti Baharuddin . Pada tahun 1981, Pn.Nooraini memulakan pengajian beliau di Universiti Malaya dalam bidang Biologi & Matematik iaitu Bachelor of Science. Beliau mula mengajar di SM(P) Sri Aman di Petaling Jaya . Beliau mula mengajar mata pelajaran Biologi dan Sains untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sehingga tahun 1988 . Pada tahun 1989 , beliau mengajar di SMK St Mary
hingga ke penghujung tahun 2009 . Beliau telah mengajar selama 21 tahun di sekolah tersebut . Kemudian  , titik perkembangan beliau bermula apabila beliau mula menjadi seorang guru , seterusnya menjadi Ketua Panitia , selepas itu diberi amanah untuk menjadi Ketua Bidang dan akhir sekali sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Selepas meninggalkan St Mary , beliau  berkhidmat di Sektor Pengurusan Sekolah selama setahun sebelum berkhidmat di sekolah ini .Setelah berkahwin , beliau telah dikurniakan tiga orang cahaya mata . Pn.Nooraini telah dianugerahi  'Anugerah Cemerlang '  sebanyak dua
kali dalam perkhidmatan beliau sebagai seorang guru.
      Persaraan beliau dapat dirasai dalam sanubari warga SMK Bukit Bandaraya . Benarlah kata orang-orang tua setiap pertemuan pasti ada perpisahan , patah tumbuh hilang berganti. Semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera selalu.


 Foto 1.1 Ahli Kadet Remaja Sekolah membuat persembahan menyambut kedatangan pengetua

Foto1.2 Ketua Pengawas memberi ucapan mewakili para pelajar

Foto 1.3 Pn. Ong memberi ucapan mewakili guru-guru

Foto 1.4 Pengetua terhibur melihat persembahan para pelajar

Foto 1.5 Pelajar Tingkatan 5 membuat persembahan untuk Pengetua

Foto 1.6 Pengetua menerima kad ucapan daripada pelajar

Foto 1.7 Seorang pelajar memberikan pelukan terakhir kepada Pengetua

Foto 1.8 Seorang Pelajar menghadiahkan Pengetua potongan ayat suci Al Quran 

Foto 1.9 Bekas Ketua Pengawas sanggup hadir untuk berjumpa Pengetua buat kali terakhir 

Foto 1.10 Pengetua baharu memberikan cendrahati kepada Pn. Nooraini

Foto 1.11 Pengetua dari sekolah lain juga memberikan cendrehati kepada Pn. Nooraini


Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah.

Tiada ulasan: