Sebuah kursus pengendalian organisasi telah diadakan pada 9 Mac 2013 bertempat di Dewan Mini Sekolah. Antara objektif kursus ini ialah :
- Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan asas pengurusan aktiviti kokurikulum kepada AJK tertinggi.
- Untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.
- Untuk memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum.
- Untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertinggi dalam pengendalian organisasi.
Kursus asas ini memberi pengetahuan secara menyeluruh berhubung dengan peranan,tugas dan tanggungjawab AJK tertinggi dalam sesebuah organisasi. Sewajarnya, para pelajar ini harus diberi pendedahan supaya mereka dapat memacu pasukan mereka ke arah satu organisasi yang lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan