Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Sambutan Maulidur Rasul


Pada  26 Rabiulawal 1434 hijrah bersamaan 8 Februari 2013 , Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMK Bukit Bandaraya telah mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul . Sambutan tersebut diadakan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW . Ceramah tersebut diadakan khas untuk pelajar tingkatan 3 , 4 , dan 5 .

Sambutan tersebut bermula dengan sebuah kumpulan nasyid sekolah yang menyampaikan beberapa buah Qasidah .Kemudian , ceramah diteruskan dan para pelajar mendengar ceramah yang diberikan dengan penuh konsentrasi . Segala input bermanfaat yang diberikan telah dicatat dan akan dimanfaatkan dalam kehidupan sebenar.
Sebelum majlis berakhir,Pn. Noraizan meyampaikan hadiah kepada  3 Jujur yang telah menghasilkan kain rentang yang paling cantik bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul .

Foto 1.1 Para pelajar di surau

Foto 1.2 Kumpulan Nasyid sekolah

Foto 1.3 Pemenang kain rentang terbaik


Foto 1.4 Penceramah yang dijemput

Foto 1.5 Kain rentang yang terbaik



Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah

Tiada ulasan: