Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Sejarah & Perkembangan SMKBB



JANUARI 1985
Pada awalnya, SMK Bukit Bandaraya dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Bandaraya. Buat sementara waktu, pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Seri Pantai. Pada ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 140 orang yang bermula dengan kelas Peralihan sementara pelajar Tingkatan Satu menumpang di Sekolah Menengah Bangsar.

Lencana lama SMK Bukit Bandaraya
JUN 1986
Semua pelajar berpindah ke bangunan baharu Sekolah Bukit Bandaraya.

SEHINGGA 1990
Bilangan pelajar meningkat kepada 226 orang.

TAHUN 1991
Jumlah pelajar meningkat sehingga 486 orang.

TAHUN 2001
Mempunyai lebih 1000 orang pelajar dan seramai 54 orang tenaga pengajar.


TAHUN 2009
Jumlah pelajar seramai 1166 dan 78 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga 3 orang pembantu makmal. Terdapat 5 buah blok empat tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan,bengkel-bengkel, bilik ekses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabat sekolah, bilik boss, makmal sains, perpustakaan & bilik media, tandas pelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, kantin, bilik komputer, kolam ikan, teratak patriotisme dan taman bunga.

TAHUN 2012
Bilangan pelajar lebih 1200 orang. Beberapa kemudahan sekolah seperti Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Media dan padang sekolah telah diubahsuai dan dinaiktarafkan. Pihak sekolah telah bercadang untuk membina tapak perhimpunan berbumbung. 

SMK BUKIT BANDARAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bangsar , Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan sekolah kawalan.

Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English and Science for Technology (EST), Katering, Elektrik Domestik dan Elektronik.

Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer.


Ikrar Sekolah & Ikrar Pelajar


IKRAR SEKOLAH

Saya,
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Dengan penuh kesedaran dan kesyukuran,
Membuat ikrar,
Akan sentiasa memberi, 
Serta menumpukan,
Taat setia yang tidak berbelah bahagi,
Kepada negara Malaysia yang saya cintai.

Saya berikrar, 
Akan menjunjung,
Prinsip-prinsip Rukun Negara,
Pada setiap masa.
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan.


IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya,
Berikrar dan berjanji, 
Akan sentiasa :
  • Taat pada undang-undang sekolah dan negara
  • Berbudi pekerti dan berdisiplin
  • Menjaga maruah diri, keluarga dan sekolah
  • Tekun belajar dengan penuh iltizam
  • Aktif dalam kokurikulum
  • Berusaha mencapai harapan sekolah, ibubapa dan negara.

Galeri SMKBB



Anda boleh melihat pelbagai gambar sekitar SMK Bukit Bandaraya.

Keratan akhbar tentang SMK Bukit Bandaraya juga boleh terdapat di sini.

Sila klik pautan di bawah.





Galeri | Sekitar SMKBB


Pintu Masuk Utama SMK Bukit Bandaraya

Sekitar Teratak Patriotrisme & Tapak Kereta Guru / Pelawat.

Laluan ke Bilik Guru dan Pejabat SMK Bukit Bandaraya


Dataran Mutiara SMK Bukit Bandaraya


Kolam ikan (Taman Kemahiran Hidup)

Pondok Rehat SMK Bukit Bandaraya

Pandangan SMK Bukit Bandaraya dari atas


Staf Sokongan SMKBB



BARISAN HADAPAN (Dari kiri) : Siti Norliana, Zarifah bt Mohamad, Maimunah bt Abu Hassan, Siti Sarimah, Nooraini Baharuddin, Khairi Razali, Lim Siok Kian, Rosnah bt Yusoff, Salmah bt Hashim

BARISAN BELAKANG (Dari kiri) : Lijah bt Aziz, Muhd. Azlan, Mohd. Hafiez, Mohd. Husaini, Mohd. Iskandar, Ishak bin Abbas, Norhana bt Mat Suhaimi

Ketua Panitia Mata Pelajaran


  • Ketua Panitia Bahasa Malaysia  :  Encik Rashidi Bin Ishak
  • Ketua Panitia Bahasa Inggeris   :  Puan Amy Foong
  • Ketua Panitia Sains Teras         :  Puan Rosliza Binti Muda
  • Ketua Panitia Biologi                :  Puan Roshamiza Suriani
  • Ketua Panitia Fizik                  :  Cik Niely Ismadura
  • Ketua Panitia  Kimia                :  Puan Joornita Binti Bermawi
  • Ketua Panitia Matematik          :  Puan Suzana Binti Shafie
  • Ketua Panitia Matematik Tambahan : Puan Umi Zuraifah Md Hashim
  • Ketua Panitia Literasi Komputer       : Puan Amani Mohd
  • Ketua Panitia Sejarah                     : Puan Jasbeer Kaur
  • Ketua Panitia Geografi                    : Puan Zaleha Ismail
  • Ketua Panitia Pendidikan Islam        : Encik Abdul Ghani Bin Husin
  • Ketua Panitia Pendidikan Moral        : Puan Zuriana Binti Harun 
  • Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual : Encik Zairul Syazeri 
  • Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan : Encik Visvanandam
  • Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan : Puan Norliza Binti Ismail
  • Ketua Panitia MPV / RekaCipta : Puan Sharia Liza Binti Shaari
  • Ketua Panitia Prinsip Akaun /Perdagangan /EA : Puan Lailey Binti Ismail 
  • Ketua Panitia Kemahiran Hidup : Puan Lim Teeng Teeng

Warga Pendidik SMKBB



BARISAN KETIGA - Puan Haniza Jalil , Puan Quirolazni , Pn Emirul Aida , Puan Hamizah , Puan Suhanim , Puan Zaleha Ismail , Encik Rajahan , Encik Sabli , Encik Ganasan , Encik Chua Peng Chong , Encik Azham , Datin See Lye Yeng , Puan Ramlah , Puan Azira , Puan Noraniza , Puan Hosniati , Puan Roshamiza , Puan Nor Eliana .

BARISAN TENGAH - Puan Lailey , Puan Rosmaini , Cik Teoh Siew Peng , Cik Amalina , Cik Nur Sabarina , Cik Wahidah , Puan Norhasnisa , Puan Sharia Liza , Cik Farhana , Puan Shahrinawati , Puan Yeap , Puan Zuraina , Puan Nurul Asyikin , Puan Raihana , Puan Linda Gomez , Puan Aisyah , Puan Joornita , Puan Zaleha Md Jadi , Cik Nik Norliana , Cik Fauziah , Puan Nor Amani , Cik Atiqah , Puan Lim Teeng Teeng , Puan Norhayati , Cik Niely Ismadura , Puan Umi Zuraifah .

BARISAN PERTAMA - Encik Abdul Ghani , Encik Ahmad Rashidi , Puan Rosliza , Puan Ranjit Kaur , Puan Ng Mei Chin , Puan Lim Siok Kian , Puan Siti Sarimah , Puan Nooraini , Encik Khairi Razali , Puan Ong Be Be , Puan Jerina , Puan Ooi , Puan Amy Foong , Puan Jasbeer Kaur , Puan Doreen Mau , Puan Faiza Hassan .


" Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca . "
- USMAN AWANG - 1979 






\

Galeri | Keratan Akhbar




Sisipan Minda, Akhbar Berita Harian, 7 Februari 2012


Majlis Graduasi SMK Bukit Bandaraya , 19 Oktober 2011



Struktur Pentadbiran SMK Bukit Bandaraya





SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT BANDARAYA


·              struktur pentadbiran smk bukit bandaraya

Lokasi Sekolah



Lihat Peta yang Lebih Besar




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA
LORONG MA'AROF
59000 BANGSAR
KUALA LUMPUR


Pandangan SMK Bukit Bandaraya dari atas

Senarai Pengetua



1.  TUAN HAJI ABU BAKAR BIN OSMAN 
(1985-1986)

2.  EN. MOHD RAZALLI BIN SAIL 
(1986-1990)

3.  PN.ROKIAH BT ALIAS 
(1990-1993)


4.  PN. NIK ROKIAH BINTI NIK MAT 
(1993-1996)


5.  PN. HAJAH ADILAH BINTI MEOR AHMAD YUSOF 
(1996-1998)


6.  EN. AYOB BIN ABDUL MANAF 
(1998-2000)


7.  DATIN SUWARNI BINTI HASSAN 
(2000-2006)


8.  PN. LUCY LORETHA LYLA B.C. ROBERTS 
(2006-2008)


9.  PN. HANIZAH BINTI IDRIS 
(2008-2010)


10.  PN. HAJAH NOORAINI BINTI BAHARUDDIN 
(2011-2012)


11.  PN. NORAIZAN BINTI MOHAMED
(2013-SEKARANG)

Senarai Pentadbir


                           PENGETUA


Pn. Noraizan Binti Mohamed

GURU PEN. KANAN HAL EHWAL PELAJAR
 En. Khairi b. Razali

GURU PEN. KANAN TADBIR & KURIKULUM
Pn. Siti Sarimah bt. Shaik Abdul Rahman

GURU PEN. KANAN KOKURIKULUM
Pn. Lim Siok Kian


KETUA BIDANG MATAPELAJARAN BAHASA
Pn. Jagir Kaur a/p Prakash Singh

KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
Pn. Ng Mei Chin

KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
Pn. See Lye Yeng

KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK
Cik Kuah Swee Toh

Lagu Sekolah


(MENCAPAI CITA)


Kami berikrar penuh setia
Mencapai cita
Patuh pada ajaran guru
Bapa juga ibu
Ingin jadi rakyat yang berguna
Bina nusa bangsa

Sukan juga seni budaya
Mengikut lunas agama
Nama yang harum dibina
SM Bukit Bandaraya

Kami berkikrar penuh setia
Mencapai cita
Patuh pada ajaran guru
Bapa juga ibu
Ingin jadi rakyat yang berguna
Bina nusa bangsa

Lirik dan melodi lagu ini dicipta oleh En. Osman Bin Nabun pada tahun 1987. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang merupakan bekas guru muzik lulusan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan ABRSM. Beliau ialah penyelia muzik, pemimpin kombo koir dari Biro Teknologi Pendidikan, Malaysia.

Profil SMK Bukit Bandaraya


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di , Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan sekolah kawalan. SMK Bukit Bandaraya terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English and Science for Technology (EST), Catering, Elektrik dan Elektronik.

Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer.


Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang SMK Bukit Bandaraya dengan meng "klik" pautan di bawah :

Lencana & Bendera Sekolah

LENCANA SEKOLAH


Nama sekolah yang terbentuk satu bulatan menandakan tiada titik akhir dalam menuntut ilmu.

Dataran tinggi yang disokong oleh perkataan SMKBB melambangkan mercu kejayaan yang dicita-citakan.

Warna kuning melambangkan duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, warna biru melambangkan perpaduan, warna hijau melambangkan semangat membina insan yang kamil.

Tujuh lajur biru dan kuning melambangkan negeri-negeri Malaysia.

BENDERA SEKOLAH










Piagam & Matlamat Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SMK Bukit Bandaraya :
Berakhlak mulia, cerdas dan berketerampilan.
Suasana pendidikan sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat.
SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi dan melayan tetamu dengan mesra.


MATLAMAT SEKOLAH

Meningkatkan prestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa hadapan mereka.

Meningkatkan akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berhemah tinggi dan bermaruah.

Mewujudkan suasana harmoni melalui pemupukan budaya kebersihan, tolong-menolong, penyayang dan budaya kerjaya yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru.

Falsafah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya mempunyai guru-guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia membimbing pelajar-pelajar yang berkemampuan menerima pendidikan yang boleh mengembangkan potensi rohani, intelek, sosial. Selain itu, berkemampuan membentuk amalan yang sihat bagi mencapai budaya ilmu dan budaya membaca selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Dalam mencapai cita-cita falsafah sekolah ini, pihak sekolah telah menetapkan dasar berikut kepada segala usaha yang dijalankan :

i )  Bahawasanya pelajar-pelajar yang belajar di SMK Bukit Bandaraya mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan ini, peluang seluas-luasnya akan diberi kepada mereka.

ii )  Bahawasanya pelajar-pelajar SMK Bukit Bandaraya pada asasnya adalah bersifat baik lagi mulia. Lantaran itu, setiap pelajar walau bagaimana bermasalah sekalipun mempunyai kemungkinan untuk dipulih jika seluas-luas peluang dan setinggi-tinggi simpati diberikan kepadanya untuk menjadi baik.

iii )  Bahawasanya pelajar-pelajar di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai sifat bergaul, bekerjasama dan berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu lapangan jika mereka diberi peluang menyertainya secara lebih aktif.

iv )  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran dan budi pekerti pelajar-pelajar di sekolah ini.

v )  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini berkeupayaan memberi bimbingan dan galakan kepada setiap pelajar supaya dapat bergaul dalam suatu suasana toleransi antara satu sama lain dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta melatih sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Visi , Misi & Moto Sekolah


VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MOTO SEKOLAH

                       "Berilmu, Berakhlak, Berbakti"
Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah.

Berilmu
Berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara.

Berakhlak
Berupaya untuk mengawal disiplin diri, bersopan-santun dan bertatatertib.

Berbakti
Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri, keluarga, sekolah dan negara.



Hubungi Sekolah




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT BANDARAYA


ALAMAT :
SMK Bukit Bandaraya,
Lorong Ma'arof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

NO. TELEFON :
03-20953645

NO. FAKS :
03-20951690

ALAMAT E-MEL :