Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Falsafah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya mempunyai guru-guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia membimbing pelajar-pelajar yang berkemampuan menerima pendidikan yang boleh mengembangkan potensi rohani, intelek, sosial. Selain itu, berkemampuan membentuk amalan yang sihat bagi mencapai budaya ilmu dan budaya membaca selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Dalam mencapai cita-cita falsafah sekolah ini, pihak sekolah telah menetapkan dasar berikut kepada segala usaha yang dijalankan :

i )  Bahawasanya pelajar-pelajar yang belajar di SMK Bukit Bandaraya mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan ini, peluang seluas-luasnya akan diberi kepada mereka.

ii )  Bahawasanya pelajar-pelajar SMK Bukit Bandaraya pada asasnya adalah bersifat baik lagi mulia. Lantaran itu, setiap pelajar walau bagaimana bermasalah sekalipun mempunyai kemungkinan untuk dipulih jika seluas-luas peluang dan setinggi-tinggi simpati diberikan kepadanya untuk menjadi baik.

iii )  Bahawasanya pelajar-pelajar di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai sifat bergaul, bekerjasama dan berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu lapangan jika mereka diberi peluang menyertainya secara lebih aktif.

iv )  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran dan budi pekerti pelajar-pelajar di sekolah ini.

v )  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini berkeupayaan memberi bimbingan dan galakan kepada setiap pelajar supaya dapat bergaul dalam suatu suasana toleransi antara satu sama lain dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta melatih sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Tiada ulasan: