Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Struktur Pentadbiran SMK Bukit Bandaraya





SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT BANDARAYA


·              struktur pentadbiran smk bukit bandaraya

Lokasi Sekolah



Lihat Peta yang Lebih Besar




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA
LORONG MA'AROF
59000 BANGSAR
KUALA LUMPUR


Pandangan SMK Bukit Bandaraya dari atas

Senarai Pengetua



1.  TUAN HAJI ABU BAKAR BIN OSMAN 
(1985-1986)

2.  EN. MOHD RAZALLI BIN SAIL 
(1986-1990)

3.  PN.ROKIAH BT ALIAS 
(1990-1993)


4.  PN. NIK ROKIAH BINTI NIK MAT 
(1993-1996)


5.  PN. HAJAH ADILAH BINTI MEOR AHMAD YUSOF 
(1996-1998)


6.  EN. AYOB BIN ABDUL MANAF 
(1998-2000)


7.  DATIN SUWARNI BINTI HASSAN 
(2000-2006)


8.  PN. LUCY LORETHA LYLA B.C. ROBERTS 
(2006-2008)


9.  PN. HANIZAH BINTI IDRIS 
(2008-2010)


10.  PN. HAJAH NOORAINI BINTI BAHARUDDIN 
(2011-2012)


11.  PN. NORAIZAN BINTI MOHAMED
(2013-SEKARANG)

Senarai Pentadbir


                           PENGETUA


Pn. Noraizan Binti Mohamed

GURU PEN. KANAN HAL EHWAL PELAJAR
 En. Khairi b. Razali

GURU PEN. KANAN TADBIR & KURIKULUM
Pn. Siti Sarimah bt. Shaik Abdul Rahman

GURU PEN. KANAN KOKURIKULUM
Pn. Lim Siok Kian


KETUA BIDANG MATAPELAJARAN BAHASA
Pn. Jagir Kaur a/p Prakash Singh

KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
Pn. Ng Mei Chin

KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
Pn. See Lye Yeng

KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK
Cik Kuah Swee Toh

Lagu Sekolah


(MENCAPAI CITA)


Kami berikrar penuh setia
Mencapai cita
Patuh pada ajaran guru
Bapa juga ibu
Ingin jadi rakyat yang berguna
Bina nusa bangsa

Sukan juga seni budaya
Mengikut lunas agama
Nama yang harum dibina
SM Bukit Bandaraya

Kami berkikrar penuh setia
Mencapai cita
Patuh pada ajaran guru
Bapa juga ibu
Ingin jadi rakyat yang berguna
Bina nusa bangsa

Lirik dan melodi lagu ini dicipta oleh En. Osman Bin Nabun pada tahun 1987. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang merupakan bekas guru muzik lulusan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan ABRSM. Beliau ialah penyelia muzik, pemimpin kombo koir dari Biro Teknologi Pendidikan, Malaysia.

Profil SMK Bukit Bandaraya


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di , Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan sekolah kawalan. SMK Bukit Bandaraya terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English and Science for Technology (EST), Catering, Elektrik dan Elektronik.

Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer.


Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang SMK Bukit Bandaraya dengan meng "klik" pautan di bawah :

Lencana & Bendera Sekolah

LENCANA SEKOLAH


Nama sekolah yang terbentuk satu bulatan menandakan tiada titik akhir dalam menuntut ilmu.

Dataran tinggi yang disokong oleh perkataan SMKBB melambangkan mercu kejayaan yang dicita-citakan.

Warna kuning melambangkan duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, warna biru melambangkan perpaduan, warna hijau melambangkan semangat membina insan yang kamil.

Tujuh lajur biru dan kuning melambangkan negeri-negeri Malaysia.

BENDERA SEKOLAH










Piagam & Matlamat Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SMK Bukit Bandaraya :
Berakhlak mulia, cerdas dan berketerampilan.
Suasana pendidikan sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat.
SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi dan melayan tetamu dengan mesra.


MATLAMAT SEKOLAH

Meningkatkan prestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa hadapan mereka.

Meningkatkan akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berhemah tinggi dan bermaruah.

Mewujudkan suasana harmoni melalui pemupukan budaya kebersihan, tolong-menolong, penyayang dan budaya kerjaya yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru.

Falsafah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya mempunyai guru-guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia membimbing pelajar-pelajar yang berkemampuan menerima pendidikan yang boleh mengembangkan potensi rohani, intelek, sosial. Selain itu, berkemampuan membentuk amalan yang sihat bagi mencapai budaya ilmu dan budaya membaca selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Dalam mencapai cita-cita falsafah sekolah ini, pihak sekolah telah menetapkan dasar berikut kepada segala usaha yang dijalankan :

i )  Bahawasanya pelajar-pelajar yang belajar di SMK Bukit Bandaraya mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan ini, peluang seluas-luasnya akan diberi kepada mereka.

ii )  Bahawasanya pelajar-pelajar SMK Bukit Bandaraya pada asasnya adalah bersifat baik lagi mulia. Lantaran itu, setiap pelajar walau bagaimana bermasalah sekalipun mempunyai kemungkinan untuk dipulih jika seluas-luas peluang dan setinggi-tinggi simpati diberikan kepadanya untuk menjadi baik.

iii )  Bahawasanya pelajar-pelajar di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai sifat bergaul, bekerjasama dan berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu lapangan jika mereka diberi peluang menyertainya secara lebih aktif.

iv )  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran dan budi pekerti pelajar-pelajar di sekolah ini.

v )  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini berkeupayaan memberi bimbingan dan galakan kepada setiap pelajar supaya dapat bergaul dalam suatu suasana toleransi antara satu sama lain dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta melatih sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Visi , Misi & Moto Sekolah


VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MOTO SEKOLAH

                       "Berilmu, Berakhlak, Berbakti"
Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah.

Berilmu
Berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara.

Berakhlak
Berupaya untuk mengawal disiplin diri, bersopan-santun dan bertatatertib.

Berbakti
Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri, keluarga, sekolah dan negara.



Hubungi Sekolah




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT BANDARAYA


ALAMAT :
SMK Bukit Bandaraya,
Lorong Ma'arof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

NO. TELEFON :
03-20953645

NO. FAKS :
03-20951690

ALAMAT E-MEL :