Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Hari Sukan Tahunan Ke-24 SMK Bukit Bandaraya 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SMKBB.

Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut :

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Stadium UM Arena, Universiti Malaya, Bangsar
Pengangkutan : Boleh menaiki kenderaan sendiri ATAU kenderaan yang disediakan oleh pihak sekolah (dengan bayaran RM5.00 seorang)

Acara balapan yang dipertandingkan : 100m L/P (U15/U18); 200m L/P (U15/U18); 400m L/P (U15/U18); 800m L/P (U15/U18); 1500m L/P (Terbuka); 4x100m L/P (U15/U18); 4x400m L/P (U15/U18)
*L – Lelaki; P – Perempuan; U15 - 13 hingga 15 tahun; U18 – 16 hingga 17 tahun 

Pihak sekolah amat berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk menyaksikan temasya sukan tahunan ini. Untuk pengetahuan semua ibu bapa, kehadiran pelajar adalah diwajibkan kerana ini merupakan acara tahunan sekolah.

Borang jemputan ke Hari Sukan Tahunan SMKBB telah diedarkan kepada semua pelajar. Pelajar hendaklah mengembalikan borang tersebut kepada Guru Tingkatan masing-masing walaupun tidak menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Sekian. Harap maklum, terima kasih.

Tiada ulasan: