Pada zaman modenisasi , kebanyakan pelajar di Malaysia lebih selesa bertutur dalam berbahasa Melayu. Mereka tidak gemar berbahasa Inggeris dan tidak mencari ikhtiar untuk memperbaiki kelemahan mereka . Oleh itu , Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris SMK Bukit Bandaraya telah sebulat suara untuk mengadakan program MBMMBI ( Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris ) .
Acara pada pagi perhimpunan dimulakan dengan ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum,Pn. Siti Sarimah dan diikuti dengan perasmian program tersbut.Selepas itu,bacaan sajak dari pelajar-pelajar Tingkatan 3 iaitu Nur Dini dan Nurul Zalikha. Kemudian, seorang pengarang buku - buku Bahasa Inggeris dari Singapura telah memperkenalkan diri dan seterusnya mengajar para pelajar serba sedikit tentang tatabahasa (grammar) dan juga mempromosikan buku-buku kepunyaannya.
|
Foto 1.1 Pn. Noraizan merasmikan majlis |
|
Foto 1.2 Seorang pelajar mendeklamasikan sebuah sajak |
|
Foto 1.3 Para pelajar khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan |
Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan