Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Sejarah & Perkembangan SMKBB



JANUARI 1985
Pada awalnya, SMK Bukit Bandaraya dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Bandaraya. Buat sementara waktu, pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Seri Pantai. Pada ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 140 orang yang bermula dengan kelas Peralihan sementara pelajar Tingkatan Satu menumpang di Sekolah Menengah Bangsar.

Lencana lama SMK Bukit Bandaraya
JUN 1986
Semua pelajar berpindah ke bangunan baharu Sekolah Bukit Bandaraya.

SEHINGGA 1990
Bilangan pelajar meningkat kepada 226 orang.

TAHUN 1991
Jumlah pelajar meningkat sehingga 486 orang.

TAHUN 2001
Mempunyai lebih 1000 orang pelajar dan seramai 54 orang tenaga pengajar.


TAHUN 2009
Jumlah pelajar seramai 1166 dan 78 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga 3 orang pembantu makmal. Terdapat 5 buah blok empat tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan,bengkel-bengkel, bilik ekses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabat sekolah, bilik boss, makmal sains, perpustakaan & bilik media, tandas pelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, kantin, bilik komputer, kolam ikan, teratak patriotisme dan taman bunga.

TAHUN 2012
Bilangan pelajar lebih 1200 orang. Beberapa kemudahan sekolah seperti Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Media dan padang sekolah telah diubahsuai dan dinaiktarafkan. Pihak sekolah telah bercadang untuk membina tapak perhimpunan berbumbung. 

SMK BUKIT BANDARAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bangsar , Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan sekolah kawalan.

Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English and Science for Technology (EST), Katering, Elektrik Domestik dan Elektronik.

Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer.