Berita Terkini

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (2 minggu) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti pertengahan ...



Hari Sukan Tahunan SMK Bukit Bandaraya akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu). Maklumat mengenai acara Hari Sukan adalah seperti berikut ...



Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan surat pekeliling yang diterima daripada pihak JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekolah akan DIBUKA SEMULA ESOK ...




Cuti Pertengahan Penggal 1

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal pertama akan berlangsung dari 23 Mac 2013 (Sabtu) hingga 31 Mac 2013 (Ahad).
Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 1 April 2013 (Isnin).
Oleh itu, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru. Manfaatkanlah masa yang terluang ini dengan aktiviti yang berfaedah.
Terima kasih.

Terima Kasih Pn. Nooraini !


        Pada 11 Januari 2013 , seluruh warga SMK Bukit Bandaraya telah kehilangan seorang lagi pengetua sekolah yang amat berdedikasi iaitu Pn. Nooraini Binti Baharuddin . Pada tahun 1981, Pn.Nooraini memulakan pengajian beliau di Universiti Malaya dalam bidang Biologi & Matematik iaitu Bachelor of Science. Beliau mula mengajar di SM(P) Sri Aman di Petaling Jaya . Beliau mula mengajar mata pelajaran Biologi dan Sains untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sehingga tahun 1988 . Pada tahun 1989 , beliau mengajar di SMK St Mary

Kata Alu-Aluan Pengetua



KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK BUKIT BANDARAYA
Assalamualaikum W.B.T , Selamat Sejahtera , Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan .
Terlebih dahulu , saya selaku pengetua SMK Bukit Bandaraya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan laman web sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 SMK Bukit Bandaraya yang telah bertungkus lumus menghasilkan sebuah laman web rasmi SMK Bukit Bandaraya .

Laman web yang telah dihasilkan ini menyediakan segala informasi  berkaitan sekolah dan perkembangan sepanjang tahun di SMK Bukit Bandaraya . Saya berharap laman web yang telah dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua warga sekolah , ibu bapa dan sekaligus kepada komuniti setempat untuk menyokong dan mendukung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di bawah saranan sekolah dan ibu bapa . 

Terima kasih kepada seluruh warga SMK Bukit Bandaraya yang telah bekerjasama menaikkan nama baik SMK Bukit Bandaraya . Semoga kita terus bersungguh-sungguh menggembleng tenaga untuk terus menjadikan SMK Bukit Bandaraya sebuah sekolah yang cemerlang , gemilang dan terbilang di seantero dunia . 


Berilmu , Berakhlak , Berbakti . 
Nama yang harum dibina , SMK Bukit Bandaraya .
Sekian terima kasih , 
Puan Noraizan Binti Mohamed ,  
( Pengetua SMK Bukit Bandaraya )



Larian Merentas Desa 2013


      Acara larian merentas desa bagi para pelajar SMK Bukit Bandaraya telah diadakan pada 8 Mac 2013 . Kejohanan Merentas Desa dimulakan dengan aktiviti senaman ringan bagi memanaskan badan sebelum larian. Sebelum larian merentas desa dijalankan  ,Ustaz Abdul Ghani telah membaca doa agar larian berjalan dengan lancar dan selamat .
     
      Larian merentas desa SMKBB dibahagikan kepada 4 kategori iaitu lelaki 1 , lelaki 2 , perempuan 1 dan perempuan 2 . Setelah das tembakan dilepaskan , bermulalah larian merentas desa SMK Bukit Bandaraya .
      
      Johan bagi kategori lelaki 1 ialah Justin dari kelas 4 Dedikasi yang mewakili rumah Laksamana . Johan bagi kategori lelaki 2 pula , Faris Irfan dari kelas 3 Adil yang mewakili rumah Syahbandar .

      Manakala , Fadia Jehan dari kelas 5 Cekap mewakili rumah Syahbandar telah mendapat johan bagi perempuan 1 manakala johan bagi perempuan 2 telah dimenangi oleh Endun Yvonne dari kelas 3 Cekal mewakili rumah Temenggung .

Larian merentas desa telah berjalan dengan lancar . Semoga larian pada masa akan datang lebih meriah dan bersemangat .

Gambar-gambar sekitar Larian Merentas Desa :











Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah.

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

   Pada zaman modenisasi , kebanyakan pelajar di Malaysia lebih selesa bertutur dalam  berbahasa Melayu. Mereka tidak gemar berbahasa Inggeris dan tidak mencari ikhtiar untuk memperbaiki kelemahan mereka . Oleh itu , Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris SMK Bukit Bandaraya telah sebulat suara untuk mengadakan program MBMMBI ( Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris ) .

    Acara pada pagi perhimpunan dimulakan dengan ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum,Pn. Siti Sarimah dan diikuti dengan perasmian program tersbut.Selepas itu,bacaan sajak dari pelajar-pelajar Tingkatan 3 iaitu Nur Dini dan Nurul Zalikha. Kemudian, seorang pengarang buku - buku Bahasa Inggeris dari Singapura telah memperkenalkan diri dan seterusnya mengajar para pelajar serba sedikit tentang tatabahasa (grammar) dan juga mempromosikan buku-buku kepunyaannya.

 

Foto 1.1 Pn. Noraizan merasmikan majlis

Foto 1.2 Seorang pelajar mendeklamasikan sebuah sajak

Foto 1.3 Para pelajar khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan 


Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah

Kempen Jom Ke Sekolah

Saban hari kita melihat dada akhbar sering memaparkan isu-isu pelajar ponteng sekolah. Untuk mengatasi masalah sedemikian , Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah telah melancarkan Kempen Jom Ke Sekolah. Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar hadir ke sekolah. Program ini berlanjutan dari bulan Februari hingga bulan Mac. Antara aktiviti yang  telah diadakan ialah kuiz mingguan , pertandingan menulis esei             " Sekolah Idamanku "  dan ceramah . Diharapkan kempen ini akan menyuntik motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah dan belajar dengan selesa.

Kursus Pengendalian Organisasi

    Sebuah kursus pengendalian organisasi telah diadakan pada 9 Mac 2013 bertempat di Dewan Mini Sekolah. Antara objektif kursus ini ialah :

  1. Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan asas pengurusan aktiviti kokurikulum kepada AJK tertinggi.
  2. Untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.
  3. Untuk memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum.
  4. Untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertinggi dalam pengendalian organisasi.
      Kursus asas ini memberi pengetahuan secara menyeluruh berhubung dengan peranan,tugas dan tanggungjawab AJK tertinggi dalam sesebuah organisasi. Sewajarnya, para pelajar ini harus diberi pendedahan supaya mereka dapat memacu pasukan mereka ke arah satu organisasi yang lebih berkesan.

Bantuan Persekolahan 1Malaysia

        Pihak kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan para pelajar. Oleh itu , mereka telah bermurah hati untuk memberikan bantuan wang persekolahan sebanyak RM100 kepada para pelajar . Penyerahan wang ini disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu  YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di SMK Bukit Bandaraya  . Para ibu bapa juga dijemput hadir . Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
, Wilayah Persekutuan dan bacaan doa sejurus selepas Yang Berhormat tiba . Seterusnya, ucapan daripada YB Senator Dato' Raja Nong Chik dan diikuti dengan ucapan puan pengetua iaitu Pn. Noraizan . Kemudian , pelajar-pelajar yang terpilih dari Tingkatan 1,2 dan 5 bersama ibu bapa mereka naik ke pentas untuk menerima wang tersebut .
      Bagi pelajar-pelajar lain pula, bantuan wang RM 100 telah diberikan kepada mereka sehari sebelum majlis tersebut di dalam kelas masing-masing.Ternyata bahawa dengan adanya bantuan persekolahan ini , para pelajar dapat menikmati musim persekolahan mereka dengan gembira.

Foto 1.1 Bantuan Persekolahan 1 Malaysia
                                    

Foto 1.2 Pentadbir bersama YB Senator Dato' Raja Nong Chik

Foto 1.3 'Banner' sempena majlis

Foto 1.4 YB Senator Dato' Raja Nong Chik berucap

Foto 1.5 Bantuan persekolahan disampaikan kepada pelajar


Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah


Pesta Ponggal 2013

Pada 2 Februari 2013 yang lalu , pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Perayaan Ponggal 2013 pada peringkat sekolah . Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menerangkan mengenai sejarah dan keunikan perayaan tradisional kaum India seperti Perayaan Ponggal . Di samping itu , sambutan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan yang sedia terjalin di antara murid-murid dan guru-guru di sekolah ini . Pelbagai acara yang menarik telah diadakan bagi menghangatkan pesta ini . Antaranya acara yang diadakan ialah acara membuat kolam , toranam dan menari tarian tradisional kaum India . Aktiviti ini nyata telah memberi pendedahan kepada mereka mengenai kebudayaan kaum India dan ini sekaligus dapat mengeratkan perpaduan kaum .

Gambar-gambar sekitar Pesta Ponggal :








Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul


Pada  26 Rabiulawal 1434 hijrah bersamaan 8 Februari 2013 , Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMK Bukit Bandaraya telah mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul . Sambutan tersebut diadakan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW . Ceramah tersebut diadakan khas untuk pelajar tingkatan 3 , 4 , dan 5 .

Sambutan tersebut bermula dengan sebuah kumpulan nasyid sekolah yang menyampaikan beberapa buah Qasidah .Kemudian , ceramah diteruskan dan para pelajar mendengar ceramah yang diberikan dengan penuh konsentrasi . Segala input bermanfaat yang diberikan telah dicatat dan akan dimanfaatkan dalam kehidupan sebenar.

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber sesi 2012/2013


Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2013 telah diadakan pada 30 Januari 2013 sejurus tamat Pelantikan Pengawas sesi 2012/2013 . Majlis bermula dengan perarakan masuk yang diketuai oleh Thamarai selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber.

Majlis diteruskan dengan upacara mengangkat ikrar oleh semua Pengawas Pusat Sumber . Ikrar dipimpin oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber . Majlis diakhiri dengan perbarisan keluar oleh semua Pengawas Pusat Sumber.


  Foto 1.1 Perbarisan masuk barisan Pustakawan
                                   


Foto 1.2 Ketua Pengawas Pusat Sumber
                                   


Foto 1.3 Penyerahan sijil kepada jawatan tertinggi



Foto 1.4 Perbarisan keluar Pengawas Pusat Sumber


Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah

Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2012/2013



     Tanggal 30 Januari 2013 , pertabalan Lembaga Pengawas sekolah sesi 2012/2013 telah berlangsung semasa perhimpunan  sekolah di tapak perhimpunan . Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah sudi datang untuk menyempurnakan majlis ini yang bermula pada pukul 8.00 pagi . Pertabalan  telah dimulakan dengan perarakan masuk  oleh ketua pengawas diikuti dengan penolong ketua pengawas 1 dan 2 sesi 2012/2013 .            Seterusnya , diikuti dengan perarakan exco sesi 2012/2013 dan para pengawas yang lain .  Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Ketua Pengawas 2012/2013 iaitu Zoya Malik.

     Kemudian , Inspektor tersebut menyampaikan tanda nama kepada barisan exco sesi 2012/2013 dan diakhiri dengan  nyanyian lagu pengawas dan bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Zoya Malik selaku ketua pengawas sesi 2012/2013.












 Foto 1.1 Tag nama para Pengawas


 Foto 1.2 Perarakan masuk barisan Pengawas Sekolah
   
   Foto 1.3 Penyerahan  tag nama kepada Penolong Ketua Pengawas  2
                                                 
 Foto 1.4 Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Ketua Pengawas

Foto 1.5 Bacaan ikrar oleh barisan Pengawas


Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah

Orientasi Tingkatan 1 sesi 2013


Hari Orientasi pelajar tingkatan 1 sesi 2013 telah diadakan pada 7 Januari 2013 di mini dewan . Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan sekolah baharu . Dengan inasitif ini juga, pelajar dapat menimbulkan rasa seronok untuk belajar dan menganggap sekolah menengah bukan tempat yang harus ditakuti oleh mereka . Ibu bapa telah diberikan penerangan terhadap peraturan-peraturan sekolah dan yang berkaitan . Pada hari tersebut juga,pelajar mendapat buku teks yang dibekalkan oleh pihak Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) .

Gambar-gambar sekitar orientasi :

                                                    Foto 1.1 Ibu bapa yang hadir di mini dewan

                                             Foto 1.2 Pn. Siti Sarimah memberikan taklimat

                                                    Foto 1.3 Guru-guru yang turut hadir


                                            Foto 1.4 Suasana ketika rehat Tingkatan 1 di kantin 

                                  Foto 1.5 Seorang pelajar Tingkatan 1 membawa buku teks



Gambar kredit kepada : Ahli Kelab Fotografi Sekolah